
URUGUAY muncul pasukan terakhir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas menang perlawanan playoff menentang Costa Rica dengan agregat 2-1.
Pada perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri awal pagi tadi, Uruguay diikat 1-1 oleh Costa Rica, namun kemenangan 1-0 di gelanggang lawan, Ahad lepas memastikan tiket buat wakil dari Amerika Selatan itu ke pusingan akhir Piala Dunia.
Uruguay mengiringi Greece, Perancis, Portugal, Slovenia dan Algeria yang turut menang perlawanan playoff masing-masing. Slovenia mengejutkan Russia 1-0 pada perlawanan kedua, sekaligus mara menerusi peraturan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2.
Greece pula menyingkirkan Ukraine manakala Portugal mengatasi Bosnia untuk layak. Kemaraan Perancis pula diselubungi kontroversi selepas jaringan William Gallas terlebih dahulu mengenai tangan Thiery Henry sebelum pertahanan Arsenal itu menampan bola lintang dalam kotak penalti untuk mengikat Ireland 1-1. Pada perlawanan pertama, Perancis menang 1-0 hasil jaringan Nicolas Anelka.
Keputusan penuh playoff Piala Dunia 2010